Private Class (Entrepreneur)

23 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Usahawan : Jimah binti Omar

Perniagaan : Penjualan Keropok Ikan

Usahawan Jimah binti Omar telah menyertai ‘private class’ sebanyak 2 kali bersama Pusat Internet Kpg. Pandan pada 21 Disember (8 pagi-10 pagi) dan 22 Disember (9 pagi-12 tengah hari) 2018. Beliau dibantu untuk mengembangkan perusahaannya melalui pembuatan ‘page’ di web rangkaian sosial Facebook untuk tujuan mempromosikan perniagaan miliknya. Perniagaannya juga memberi ilham serta ikhtiar kepada usahawan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan tempatan untuk bergelar ‘dropship’ agen terhadap perniagaan beliau.

Teknik mencipta logo menggunakan komputer juga diajar untuk memastikan usahawan mempunyai suatu simbol perniagaan yang lebih profesional, mudah diingati serta memberi mesej yang mendalam kepada masyarakat. Hal ini sekaligus memberi dorongan kepada para usahawan untuk lebih bersemangat mengembangkan perniagaan masing-masing.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali